Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Anti-Gangguan Seksual Perak

Ipoh, 5 Oktober 2023.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput untuk turut bersama dalam Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Anti-Gangguan Seksual anjuran Jabatan Pembangunan Wanita. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan YB Puan Aiman Athirah Binti Sabu (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung ialah Taklimat Anti-Gangguan Seksual, Taklimat Pengendalian Kes Kesalahan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak, Demo Pertahanan Diri, Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) dan sebagainya. Selain Itu, PASAK turut membuka booth pameran untuk khidmat perkongsian maklumat dan produk bagi pengunjung yang hadir sepanjang program tersebut berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang telah hadir bagi Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Anti-Gangguan Seksual dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program seperti ini mampu memberikan manfaat kepada para pengunjung yang hadir pada hari ini.