Pameran Kerjaya Sempena Program Pesta Pinji 2023

23 – 24 September 2023 | 10.00 Pagi – 6.00 Petang.

Telah berlangsung pembukaan Booth Pendaftaran dan Pameran Kerjaya PASAK yang dijalankan bersempena dengan program Pesta Pinji 2023 di Pasir Pinji, Ipoh.

PASAK telah dijemput untuk mempromosikan pelbagai jawatan kosong dan program-program yang bermanfaat kepada masyarakat Perak. PASAK turut memberikan sokongan kepada majikan yang ingin mendaftar di portal Talent Perak untuk menyebarkan jawatan kosong mereka.

Semoga dengan perlaksanaan program ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan bagi membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.