Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Perak 2024

21 Julai 2024 (AHAD).
 
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah memenuhi jemputan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara, Meru Raya, Ipoh bagi pembukaan booth di Zon Pameran Interaktif.
 
PASAK telah menyampaikan penerangan berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke booth PASAK.
 
Booth PASAK juga telah dilawati oleh YB Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia) diiringi oleh YB Khairudin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak).
 
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dalam menjayakan program ini.
 
Pihak PASAK sangat terbuka untuk terlibat langsung di dalam program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.