Karnival STEM Gopeng 2.0

23 September 2023, Gopeng.

Telah berlangsungnya Karnival STEM di RTC PERAK, Gopeng. Program-program Karnival STEM ini termasuk ‘Mini Planetarium’, bengkel-bengkel pembelajaran membina web, mengendali drone, seminar terapi matematik, forum STEM, persembahan hasil pertandingan STEM peringkat sekolah, pameran, aktiviti-aktiviti permainan, robotik dan sebagainya.

Program ini telah menyaksikan kerjasama rapat daripada 28 buah agensi kerajaan, NGO, sekolah serta syarikat pemula bidang STEM dan disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Chang Lih Kang. Semoga dengan perlaksanaan karnival ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi.