Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU (Open Day & OKU Job Fair)

21 Januari 2024, Ipoh

Telah berlangsungnya Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU selama 1 hari di Persatuan Daybreak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng). Turut serta hadir ialah YB Puan Wong Chai Yi (ADUN Simpang Pulai), Tan Sri Lee Oi Hian, Wakil Jabatan Kebajikan Majikan (JKM) Perak), Encik Aldrin Ng (Pengarah PASAK), Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson (Pengarah Pendidikan Negeri Perak), Encik Haji Ahmad Lufti bin Haji Abu Bakar (Ketua Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas), Puan Eni Zanifah binti Mohd Jaberi (Ketua Pen. Pengarah Sektor Pendidikan Khas), Dato Ramanathan Ramiah (CEO Yayasan Ipoh), serta pegawai-pegawai dari JPN dan PPD Kinta Utara.


Tujuan perlaksanaan Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU adalah untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan Daybreak serta peluang yang tersedia untuk komuniti OKU. Ini termasuk golongan muda dan juga tua.


Hari terbuka ini telah melibatkan kerjasama dengan 11 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari Kentucky Dairy Ice Cream Sdn Bhd, CycleDios Management Sdn Bhd, AG Apparel Industries Sdn Bhd, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Harold Bread, Catholic Welfare Service, Hevea KB Sdn Bhd, Econsave Batu Gajah, Cherry Bistro Ipoh, Tok Mat Western & Nasi Lemak dan Nasi Kandar Laxmana.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Persatuan DAYBREAK, Ipoh di atas kesudian menjemput pihak PASAK untuk berkerjasama dalam hari terbuka pada kali ini. Semoga dengan perlaksanaan hari terbuka ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.