MESYUARAT PENYELARASAN PERMUKIMAN DEWAN BELIA PERAK 2025

IPOH, 17 November 2025 – Satu sesi mesyuarat penyelarasan pertama telah diadakan hari ini bagi memastikan penganjuran Permukiman Dewan Belia Perak 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2025 mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini merupakan perhimpunan Dewan Belia dari seluruh Malaysia dan dianjurkan sepenuhnya oleh Dewan Belia Perak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Shamil, pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak dan melibatkan Jawatankuasa Dewan Belia Perak Sesi Kelima Tahun 2025-2026, Institut Darul Ridzuan, Unit Komunikasi Strategik, Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak dan Sekretariat Dewan Belia Perak selaku urusetia induk.