Kem Induksi Dewan Belia Negeri Perak Sesi Ke-5 telah berlangsung pada 20 Jun 2025 (Sabtu) dengan dimulakan oleh ucapan perasmian daripada YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak. Dalam amanat beliau, para perwakilan diingatkan tentang tanggungjawab sebenar sebagai suara anak muda.
Beliau menegaskan bahawa Dewan Belia tidak seharusnya menjadi simbol kemasyhuran semata-mata, tetapi berperanan sebagai platform yang berani menegur secara bijaksana serta menyumbang idea-idea yang segar dan membina untuk manfaat bersama.