Aktiviti hari kedua Bengkel Pemantapan Kepimpinan Dewan Belia Perak 2026 di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut. Dalam sesi ini, para perwakilan didedahkan dengan latihan asas navigasi lapangan yang memerlukan fokus tinggi dan keupayaan menterjemah maklumat geografi kepada tindakan yang tepat. Kemahiran ini bukan sekadar tentang mencari jalan di hutan, malah melatih para pemimpin belia untuk sentiasa berpandukan strategi dan ‘kompas’ yang betul dalam membuat keputusan.
Menguji ketahanan mental dan fizikal menerusi aktiviti Orienteering Hutan. Para peserta didedahkan dengan latihan asas navigasi lapangan menggunakan peta dan kompas untuk menyelesaikan cabaran berpasukan di sekitar kawasan OBM sambil menikmati keindahan alam semulajadi
Alhamdulillah, Bengkel Pemantapan Kepimpinan Dewan Belia Perak 2026 yang berlangsung selama dua hari di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut secara rasminya telah melabuhkan tirainya hari ini.
Majlis penutup ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Dato’ Khairudin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak)
Program ini bukan sahaja berjaya memperkasakan kemahiran navigasi dan kerjasama pasukan para perwakilan melalui aktiviti seperti Orienteering dan Sea Rafting, malah menjadi wadah penyatuan idea demi pembangunan belia di Negeri Perak.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga segala input yang diperolehi menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang lebih progresif dan berintegriti.



