HARI PERTAMA BENGKEL PEMANTAPAN KEPIMPINAN DEWAN BELIA PERAK 2026

Sesi pendaftaran dan berkumpul para perwakilan di Outward Bound Malaysia (OBM), Lumut bagi mengikuti Bengkel Pemantapan Kepimpinan Dewan Belia Perak. Semoga program ini menjadi titik mula kepada pengukuhan jati diri dan kepimpinan yang lebih mampan.

 

Aktiviti Dinamika Pasukan (Team Dynamic Exercise). Latihan ini memfokuskan kepada pembentukan kerjasama kumpulan dan komunikasi berkesan antara perwakilan bagi mendepani cabaran kepimpinan masa hadapan. 

Seterusnya, program diteruskan dengan Aktiviti Sea Rafting. Cabaran sukan air ini memerlukan kesatuan hati dan strategi yang tepat dalam bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menempuh gelombang.

Sesi Perkongsian bersama dengan Alumni bersama Pegawai Khas Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN. Platform ini memberi ruang kepada para perwakilan untuk menimba pengalaman dan perspektif baharu dalam tadbir urus serta peranan belia dalam pembangunan negara.