๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ฃ๐ž๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ฃ๐ž๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐˜๐ ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐๐ข๐ง, ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข, ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š & ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง.
ย 
6 Februari 2025 – Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara penting bagi sesi kelima Dewan Belia. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkenaan kaedah pemilihan dan lantikan perwakilan bagi sesi baharu. Selain itu, mesyuarat juga menyentuh tentang bajet yang telah diperuntukkan yang akan digunakan bagi pelaksanaan program-program Dewan Belia. Selain itu, beberapa isu lain yang berbangkit juga turut dibincangkan untuk memastikan kelancaran sesi yang akan datang.
ย 
Pihak PASAK juga amat berbesar hati atas lanjutan pelantikan oleh YB Encik Khairudin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak sebagai Sekretariat Dewan Belia untuk sesi seterusnya, iaitu Sesi Kelima Penggal 2025/2026. Pelantikan ini jelas membuktikan kejayaan PASAK dalam menjalankan program-program Dewan Belia yang lepas apabila YB Encik Khairudin memberikan kepercayaan sekali lagi kepada PASAK untuk mengendalikan Dewan Belia Perak bagi Sesi Kelima ini.
ย 
Semoga segala perancangan yang dilakukan untuk sesi kelima ni dapat menunjukkan betapa pentingnya peranan belia kepada masyarakat di samping memperkasakan golongan belia di negeri Perak.