๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ“

16 Disember 2024.ย  Bengkel Gerak Kerja Dewan Belia Sesi Ke-5 telah diadakan selama dua hari dengan kehadiran YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan). Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan penting Dewan Belia Negeri Perak sebagai platform utama untuk memperjuangkan aspirasi belia serta melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Bengkel ini menjadi langkah signifikan dalam usaha berterusan untuk membentuk dan membina barisan pemimpin muda yang berkualiti bagi negeri Perak. Dengan usaha sebegini, diharapkan Dewan Belia dapat terus memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi belia yang progresif dan mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat.