Awal Muharram 2024

Isnin – 8 Julai 2024. Selamat Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1446 Hijriah daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Hari Bapa 2024

Kasihnya ayah sepanjang masa, setiap titik peluh mu jasa dan pengorbanan ayah tak mampu dihitung.Selamat Hari Bapa dan terima kasih untuk segalanya dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha MuliaSeri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongSultan IbrahimSempenaSambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan RasmiKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuankupada 3 Jun 2024 Bersamaan 25 Zulkaedah 1445HSembah Takzim daripadaPusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Pelajar SPM 2023

Tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023). Semoga terus maju jaya!

Hari Wesak 2024

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada masyarakat Buddha di Malaysia dan di seluruh dunia.Semoga Hari Wesak membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kesejahteraan kepada semua.

Hari Guru 2024

Ketulusan dan keikhlasanmu membimbing kami, memberi kami seribu satu harapan di saat kami mahu berputus asa.Namun, kau tak pernah menyerah dan mengaku kalahSelamat Hari Guru kepada semua pendidik yang berdedikasi!

Hari Ibu 2024

Hari Ibu adalah hari untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita yang penuh kasih sayang, pengorbanan, dan kekuatan.Terima kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini.Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Nuzul Quran 2024

Sambutan Nuzul Quran mengajak kita untuk merenung dan menghayati setiap kata, setiap ayat, setiap kisah yang terkandung di dalamnya. Ia mengingatkan kita untuk tidak sekadar membaca, tetapi juga memahami, menghayati, dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran.Salam Nuzul Quran dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Ramadan 2024

Ramadan 2024

Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Semoga di bulan penuh berkah, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)