Tahun Baru 2026

Melangkah ke tahun baru dengan azam yang lebih utuh dan semangat yang lebih kental. PASAK komited untuk terus memacu aspirasi anak Perak dan memperkasakan bakat tempatan demi masa depan yang lebih gemilang. Semoga tahun 2026 membawa limpahan kejayaan, kemakmuran, dan peluang baru buat kita semua. Bersama kita jayakan Perak Sejahtera 2030!
Hari Natal 2025

Ikhlas daripada kami di Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Semoga sambutan ini membawa kegembiraan dan kedamaian. Mari kita raikan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negeri kita tercinta.
Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Tahun 2025

DIRGAHAYU TUANKU Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Sultan Perak Darul Ridzuan Sembah takzim daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
Deepavali 2025

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถโจ kepada semua yang meraikannya! Semarakkan cahaya Deepavali bersama keluarga tercinta.๐ฅฐ Semoga cahaya perayaan ini membawa kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat๐
Hari Malaysia 2025

Kami dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin mengucapkan, Selamat Hari Malaysia! Bersama kita kukuhkan semangat perpaduan, demi Malaysia yang makmur dan sejahtera. #HariMalaysia2025 #MalaysiaSejahtera #PASAK
Hari Kemerdekaan ke-68

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Hari bersejarah ini mengingatkan kita tentang erti kebebasan yang lahir daripada pengorbanan dan perjuangan. Bersama-sama, marilah kita memelihara perpaduan, memperkukuh semangat kebersamaan, dan mencipta masa depan yang lebih makmur untuk generasi akan datang. #PASAK #HariKemerdekaan #PerpaduanUntukNegara #PerakSejahtera2030
Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H: Salam Maal Hijrah daripada PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Negeri Perak. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam yang membawa makna besar tentang pengorbanan, perubahan dan penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Makna Awal Muharram & Hijrah dalam Kehidupan Sambutan Maal […]
Selamat Hari Bapa 2025: Penghargaan Buat Wira Keluarga daripada PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Hari Bapa 2025 kepada semua insan yang bergelar ayah, khususnya di Negeri Perak. Hari Bapa merupakan detik istimewa untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa yang sentiasa menjadi tunjang kekuatan keluarga, sumber inspirasi serta pelindung dalam kehidupan anak-anak. Peranan Bapa dalam Keluarga & Masyarakat Seorang bapa memainkan peranan […]
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025: Erti Pengorbanan & Keikhlasan

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025 kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Negeri Perak. Hari Raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijjah 1446H (7 Jun 2025) merupakan perayaan yang penuh makna, mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. ๐ Makna Aidiladha dalam Kehidupan Umat […]
Dirgahayu Tuanku 2025 | Ucapan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan penuh takzim merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang disambut pada: ๐ 2 Jun 2025๐ Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H ๐ Penghormatan dan Doa Buat Seri […]