Program Kerjaya Anak Angkat Cikgu Saarani & Transisi Ke Arah Perak Sejahtera 2023

APBM Batu Gajah, 23 – 24 September 2023.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya (YBU) telah mengadakan sebuah Program Kerjaya Anak Angkat Cikgu Saarani & Transisi Ke Arah Perak Sejahtera 2030 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah. Program ini telah berlangsung selama dua hari satu malam yang melibatkan seramai 140 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah sekitar Negeri Perak.

Pada hari pertama, aktiviti dimulakan dengan Ice Breaking & Taklimat Program oleh Encik Mohd Amirul Zahiruddin bin Ramlee (Eksekutif Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak), Perkongsian Institusi (Bidang TVET) oleh Hj. Budi Alfahmi bin Mohd Zaid (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ungku Omar) berkenaan kelebihan mengikuti kursus TVET, Perkongsian dari Industri serta Taklimat Persediaan Resume dan Temuduga oleh Puan Saripah Rodiah bin Ahmad (Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd) dan diteruskan dengan sesi LDK Kepimpinan Pelajar bersama Encik Muhammad Zulzarif bin Mohd Zakuan (YDP, GPMS Tambun).

Pada hari kedua, aktiviti diteruskan dengan Sesi Mock Interview dan Resume Review serta Majlis Penutup yang dihadiri oleh Datuk Dr. Wan Norashikin binti Wan Noordin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBU) dan Encik Zul Iskandar (Pengurus Projek, Pusat Aspirasi Anak Perak). Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah berkenaan bidang TVET, permintaan industri, cara penulisan resume dan persediaan untuk menghadiri temuduga.

PASAK amat berbesar hati diatas kesudian pihak Yayasan Bina Upaya (YBU) bekerjasama dengan Pihak PASAK untuk menjalankan program pada kali ini. Diharapkan program ini mampu membantu para peserta yang terlibat dalam mengetahui hala tuju selepas SPM. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.