
Latihan Bina Insan Siri 1 2023 Di Amazing Camp Legacy, Lenggong
Lenggong, 19 Mei – 21 Mei 2023. Tamat sudah Latihan Bina Insan Siri 1 2023 yang bertempat di Amazing Camp Legacy, Lenggong Perak. Program ini
Peranan belia dalam pembangunan negara pada hari ini amatlah penting kerana golongan belia seharusnya diberi ruang dan peluang dalam membangunkan dan memajukan negara. Ini kerana mereka yang bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara.
Program Latihan Bina Insan ini bertujuan membantu mengembangkan minda para peserta mengenai aspek pemikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, ia turut melatih kemahiran memimpin sesebuah pasukan. Kemahiran yang diasah sepanjang sesi program ini mampu membentuk jiwa kepimpinan dalam diri peserta.
Program ini adalah sebagai satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak untuk memberi nilai tambah kepada golongan belia supaya mereka bersedia menempuhi kepesatan perkembangan semasa. Oleh itu, para belia perlu lebih cakna dalam informasi-informasi yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri yang mampu memberikan manfaat kepada mereka.

Lenggong, 19 Mei – 21 Mei 2023. Tamat sudah Latihan Bina Insan Siri 1 2023 yang bertempat di Amazing Camp Legacy, Lenggong Perak. Program ini

Ipoh, 26 Ogos – 28 Ogos 2022. Tamat sudah Latihan Bina Insan yang bertempat di Hotel Travelodge Ipoh, Perak. Program ini dijalankan selama 3