program kepimpinan

Latihan Bina Insan

Peranan belia dalam pembangunan negara pada hari ini amatlah penting kerana golongan belia seharusnya diberi ruang dan peluang dalam membangunkan dan memajukan negara. Ini kerana mereka yang bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara.

Program Latihan Bina Insan ini bertujuan membantu mengembangkan minda para peserta mengenai aspek pemikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, ia turut melatih kemahiran memimpin sesebuah pasukan. Kemahiran yang diasah sepanjang sesi program ini mampu membentuk jiwa kepimpinan dalam diri peserta.

Program ini adalah sebagai satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak untuk memberi nilai tambah kepada golongan belia supaya mereka bersedia menempuhi kepesatan perkembangan semasa. Oleh itu, para belia perlu lebih cakna dalam informasi-informasi yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri yang mampu memberikan manfaat kepada mereka.