Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU (Open Day & OKU Job Fair)

21 Januari 2024 | Ipoh, Perak – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan inklusif melalui penyertaan dalam Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU 2024 yang berlangsung selama sehari di Persatuan DAYBREAK, Ipoh. Program yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) ini menjadi platform penting dalam memperluaskan peluang […]

Lawatan Sekolah SMK Seri Muara ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Rabu, 17 Januari 2024 Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan program Pemetaan Kerjaya : Lawatan sekolah bersama murid-murid SMK Seri Muara, Bagan Datuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan seramai 40 orang murid terdiri daripada murid tingkatan 3 & 4. Acara pertama dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Encik Firdaus (Ketua Unit […]

Pesta Ponggal 2024

Selamat Menyambut Pesta Ponggal kepada mereka yang meraikannya. Ponggal atau Pongal ialah pesta menuai yang diraikan oleh kaum India sebagai perayaan dimana musim menuai padi bermula. Semoga perayaan musim menuai ini menjadi perayaan yang penuh dengan kenangan manis dan dilimpahi kebahagian yang mencurah-curah. Ikhlas dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Tahun Baru 2024

Selamat Tahun Baharu 2024! ✨ Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui, pelbagai pengalaman telah membentuk perjalanan sepanjang tahun yang lalu. Setiap cabaran yang ditempuhi menjadi pengajaran, manakala setiap kejayaan menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh ke hadapan. Sempena kedatangan Tahun Baharu 2024, marilah kita bersama-sama membuka lembaran baharu dengan semangat yang lebih […]

Krismas 2023

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya. Semoga perayaan ini akan membawa banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda! Ikhlas dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Taklimat Penulisan Resume Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – Kolej Komuniti RTC Gopeng

Gopeng, 13 Disember 2023. Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Taklimat Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Kolej Komuniti RTC Gopeng. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan lagi […]

Taklimat Awereness Program On Investment Opportunities In The Education Sector

Ipoh, 30 November 2023. Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menganjurkan sesi taklimat iaitu “Awereness Program on Investment Opportunities in the Education Sector” kepada wakil-wakil Institusi Latihan Kemahiran Swasta.Taklimat ini turut disampaikan oleh Puan Nursiah Binti Ahmad Fadzil (Timbalan Pengarah, MIDA), Encik Muhammad Amir Zainal Abidin (Penolong Kanan, […]

Career Talk Persediaan Kerjaya Industri Maritim Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – UniKL-MIMET

Manjung, 25 November 2023. Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Career Talk Persediaan Kerjaya Industri Maritim Dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET).Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan program-program anjuran PASAK oleh Encik Mohd Amirul Zahiruddin bin Ramlee (Eksekutif Pelaksana, PASAK).Seterusnya program […]

Penulisan Resume Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – Kolej Vokasional Taiping

Taiping, 23 November 2023. Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Kolej Vokasional Taiping.Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan lagi dengan taklimat penulisan […]

Lawatan Industri SMK Slim ke PSAS & DRB HI-COM Teck See

Rabu, 22 November 2023. Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan program Pemetaan Kerjaya : Lawatan Industri bersama murid-murid SMK Slim River ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dan kilang DRB HI-COM Teck See, Proton City yang melibatkan seramai 50 orang murid tingkatan 3. Lawatan pertama dijalankan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan […]