𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚

Kami dari Pusat Aspirasi Anak Perak(PASAK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam. Mari kita raikan hari yang mulia ini dengan penuh rasa syukur, mengingati erti sebenar pengorbanan dan membantu mereka yang memerlukan. #SalamAidiladha #Aidiladha2025 #pasak #PerakPASAK
𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐈?

Ayuh sertai TVET Exchange Program dalam kursus Artificial Intelligence in Manufacturing Automation di China. – Tawaran TERHAD kepada anak kelahiran Negeri Perak Sahaja Semak syarat kelayakan dan terus mendaftar Scan QR Code untuk maklumat lanjut dan mendaftar. #TVETPerak #TalentPerak #ArtificialIntelligence #PasakPerak #PerakKeChina
𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟!

Jom sertai TVET Exchange Program: Train-the-Trainer (Automotive) di China. – Tempoh Kursus: 1 bulan – Lokasi: China – Sesi temuduga akan dijalankan Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara, serta memperkukuh kemahiran dalam bidang automotif! #TVETPerak #TrainTheTrainer #Automotive #PasakPerak#TVET #PerakKeChina
𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚!

Kursus ini terbuka kepada anak Perak yang pernah menyertai kursus penjagaan KAIGO atau kursus asas penjagaan dibawah santunan kasih. – Lokasi: Jepun – Tempoh Kursus: 14 hari – Sesi temuduga akan dijalankan Jom semak syarat kelayakan dan terus mendaftar. #TVETPerak #Kaigo #PasakPerak #TVET #PerakKeJapan
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang disambut pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H, kami warga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keberkatan, kesihatan […]
𝐗𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐔𝐒𝐀𝐒 – 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧

Kuala Kangsar, 28 Mei 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan program Xplorasi Kampus USAS: Persediaan Kerjaya Graduan, yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan awal kepada mahasiswa dalam menghadapi dunia kerjaya yang mencabar dan dinamik. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Shamsul Jamili Bin […]
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 & 𝐌𝐨𝐭𝐢𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐀𝐥 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡, 𝐂𝐡𝐞𝐦𝐨𝐫

Chemor, 26 Mei 2025 – Program Taklimat Kerjaya dan Motivasi anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah diadakan di Sekolah Maahad Al Ummah, Chemor dengan tujuan memberikan pendedahan kerjaya dan meningkatkan motivasi pelajar. Seramai 130 orang pelajar terlibat dalam program ini yang menampilkan slot inspirasi daripada penceramah berpengalaman. Program dimulakan dengan Taklimat Kerjaya oleh Encik […]
𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐗𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐔𝐍𝐈𝐊𝐋 𝐑𝐂𝐌𝐏 – 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧

Ipoh, 24 Mei 2025- Seramai 25 orang pelajar akhir tahun UNIKL RCMP telah menyertai program ini bagi memantapkan persediaan kerjaya. Encik Mohammad Hariree Bin Zolkarnain (HR Manager, The Banjaran Hotsprings Retreat) telah berkongsi pelbagai tips berharga sepanjang program berlangsung. Antaranya, beliau menekankan pelbagai aspek penting dalam penulisan resume. Ia termasuk kepentingan reka bentuk profesional, penggunaan […]
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐨𝐟𝐭 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐄𝐦𝐩𝐥𝐨𝐲𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐜𝐡𝐞𝐦𝐞 (𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒) 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

Ipoh, 25hb Mei 2025 – Encik Aldrin Ng selaku Pengarah PASAK telah hadir menyempurnakan majlis penutup program Soft Skills Training kumpulan 1 bagi tahun 2025 yang berlangsung di Impiana Hotel, Ipoh. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Latihan ini merupakan salah satu struktur di dalam program PERINTIS.
Sidang media Malaysia Culinary World Cup 2025 di Tandoor Grill, Ipoh

Ipoh, bakal menjadi tumpuan dunia apabila Malaysia Culinary World Cup 2025 (MCWC 2025) kembali untuk edisi kedua pada 27 hingga 29 Jun ini di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya. Pertandingan ini dianjurkan oleh Malaysia Bersatu Culinary Association (MBCA) dengan kerjasama Global Chef Union (GCU), dijangka menyaksikan penyertaan hampir 800 peserta dari 26 negara termasuk […]