NO. SEBUT HARGA: PASAK.SH.BIL 3/2026

SEBUT HARGA PASAK 2026: PERKHIDMATAN PENYEDIAAN, PEMASANGAN & PENTAULIAHAN BAHAN PROMOSI

No. Sebut Harga: PASAK.SH.BIL 3/2026

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mempelawa syarikat tempatan yang berkelayakan untuk menyertai sebut harga perkhidmatan penyediaan, pemasangan, pentauliahan dan pelupusan bahan promosi (cetakan dan gegantung) bagi pelaksanaan program sepanjang tahun 2026.


Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi:

  • Penyediaan bahan promosi bercetak (banner, bunting, poster dan lain-lain)
  • Pemasangan bahan promosi di lokasi program
  • Pentauliahan pemasangan mengikut spesifikasi
  • Pelupusan bahan promosi selepas program selesai

Kelayakan Penyertaan

Syarikat yang berminat mestilah:

  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Pendaftaran masih sah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh tutup
  • Mempunyai pengalaman dalam:
    • Percetakan bahan promosi
    • Pengurusan pemasangan event / program
    • Perkhidmatan sokongan promosi

Kelebihan Menyertai Sebut Harga Ini

  • Peluang bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri Perak
  • Terlibat dalam pelaksanaan program pembangunan belia & TVET
  • Potensi kontrak berterusan sepanjang tahun 2026

Syarikat yang berminat digalakkan untuk mengemukakan tawaran sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Pastikan semua dokumen lengkap bagi meningkatkan peluang kejayaan dalam perolehan ini.