IPOH, 9 Februari – Satu Bengkel AIM TVET telah dijalankan harini memperlibatkan seramai 20 rakan strategik yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), pemain-pemain industri, istitusi latihan awam dan swasta di negeri Perak. Matlamat utamanya adalah untuk menjalinkan kolaborasi aktif dalam memperkasa inisiatif ‘Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani’ bagi tahun 2026.
Pelbagai input dan idea bernas telah dibentangkan bagi memperkukuh pelaksanaan Jelajah AIM TVET tahun ini dengan menekankan pengisian dan aktiviti menarik di peringkat sekolah menengah merangkumi 12 daerah dalam negeri Perak.
Turut dihadiri Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak) dan Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali (Timb. Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Perak)
Semoga bengkel ini menjadi titik tolak terhadap peningkatan enrolmen murid ke dalam bidang TVET, seterusnya menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. “TVET Pilihan Kerjaya!”



