JALINAN KERJASAMA STRATEGIK – KUNJUNGAN HORMAT UPSI KE PASAK

Pada 19 Januari 2026, Pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pertemuan ini menjadi wadah penting dalam membincangkan peluang kolaborasi strategik, terutamanya dalam memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kursus peningkatan kemahiran (upskilling) buat anak muda Perak.
 
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Adrin Ng, Pengarah PASAK. dan Prof. Madya Dr. Zaliza Binti Hanapi, Timbalan Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI. Serta barisan wakil pengurusan daripada kedua-dua pihak.
 
PASAK terus komited untuk menjalin kerjasama erat bersama institusi pengajian tinggi seperti UPSI demi melahirkan modal insan yang kompeten, berkemahiran tinggi, dan sedia mendepani cabaran pasaran kerja masa kini.