Malaysia-China Youth TVET Training Program 2025

Sebuah Program Malaysia-China Youth TVET Training di bawah PASAK telah membuka peluang besar kepada pelajar dan tenaga pengajar di Perak untuk memperkasa kemahiran dalam bidang automotif dan kejuruteraan pintar.
 
Menerusi dua kursus iaitu New Energy Vehicles dan Train-The-Trainer. Seramai 42 peserta didedahkan berkenaan perkembangan terkini dalam industri automotif termasuk sistem tenaga baharu, kenderaan elektrik, serta aplikasi robotik dan automasi industri yang menjadi nadi kepada Revolusi Industri 4.0.
 
Sepanjang minggu pertama, para peserta bukan sahaja mengikuti sesi latihan dan pembelajaran, malah turut menyertai lawatan kerja yang memperkaya pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.
 
Program ini diharap dapat memperkasakan tenaga muda berkemahiran tinggi dan tenaga pengajar yang kompeten, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan China dalam bidang TVET serta pembangunan modal insan.