- Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah sekurang-kurangnya SATU (1) TAHUN ATAU DUA BELAS (12) BULAN dari tarikh tutup sebut harga.
- Harga indikatif jabatan bagi perolehan ini adalah sebanyak RM271,000.00. Walau bagaimanapun, harga sebenar yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan tawaran yang diterima selaras dengan syarat dan spesifikasi yang ditetapkan.
- Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa Syarikat akan dipilih dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.
- Dokumen sebut harga boleh diambil bermula pada 13 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) hingga 27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) di Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn Bhd (Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]) beralamat No 129, Jalan Raja Musa Mahadi, Desa Perwira, 31350 Ipoh, Perak. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS), Jam 12.00 Tengah Hari.
- Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran ingin menjemput penyebut harga yang berminat untuk menyertai sebut harga yang dijalankan. Sesi taklimat akan dilakukan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 13 November 2025 (Khamis) Tempat : Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) Masa : 10.30 Pagi Kehadiran : DIWAJIBKAN
- Dokumen tawaran sebut harga yang telah siap diisi HENDAKLAH DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA yang ditetapkan di PUSAT KERJAYA AMANJAYA SDN BHD (PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK [PASAK]) BERALAMAT NO 129, JALAN RAJA MUSA MAHADI, DESA PERWIRA, 31350 IPOH, PERAK TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI pada 27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS). SEBUT HARGA YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
- Senarai Dokumen dan peralatan yang wajib dibawa untuk pengambilan dokumen Sebutharga: – a) Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Kod Pendaftaran Bidang Berkaitan (Asal). b) Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (diserahkan kepada pentadbiran). c) Cop rasmi syarikat.
- Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Lembaga Sebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta. Sebarang perbuatan atau percubaan untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (Akta 694).
- Pihak kerajaan tidak terikat kepada mana-mana tawaran yang tertinggi atau mana-mana tawaran sekalipun. Sebut harga yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dilayan. Keputusan Kerajaan adalah muktamad.



