Hari kedua Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani

Hari kedua Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani melabuhkan tirai dengan penuh bermakna apabila turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Kehadiran beliau memberi suntikan semangat serta dorongan kepada anak muda untuk terus menceburi bidang kemahiran sebagai laluan kerjaya yang berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan strategik, rakan kerjasama, institusi kemahiran serta ribuan pengunjung yang hadir sepanjang dua hari penganjuran ini. Sokongan dan komitmen anda semua telah menjadi tonggak utama kejayaan program ini.
Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan dan meraikan bakat muda Perak.