Bota, 17 Jun – Program Pemetaan kerjaya Sekolah (PETA) telah dilaksanakan di SMK Dato, Abdul Rahman Yaakub dengan penyertaan seramai 100 orang pelajar daripada Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan bidang kemahiran TVET di Malaysia serta haluan kerjaya bagi pelajar yang memasuki bidang TVET.
Ceramah kerjaya telah disampaikan oleh Encik Firdaus, Ketua Unit Pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Beliau telah memberi perkongsian mengenai haluan pendidikan, peluang kemahiran, serta Pendidikan STEM yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya buat para pelajar. Sesi soal jawab yang dijalankan turut membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara langsung berkenaan peluang pendidikan dan kerjaya.
Di samping itu, Kursus Asas Gunting Rambut turut dilaksanakan dengan penglibatan seramai 20 orang pelajar yang memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran asas dalam bidang dandanan rambut lelaki secara praktikal, sekaligus membuka minda mereka terhadap potensi kerjaya dalam bidang ini.
Keseluruhannya, program Pemetaan Kerjaya di SMK Datoโ Abdul Rahman Yaakub ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai aliran TVET dan Pendidikan STEM serta menyediakan ruang untuk mereka mengenali pelbagai bidang kemahiran yang berpotensi dijadikan sebagai kerjaya masa depan.