KEPUTUSAN NO. SEBUT HARGA: PASAK.KEW.BIL 2/2025

11 April 2025 – Pihak Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn. Bhd. telah selesai melaksanakan proses pemilihan penyebut harga berjaya bagi Perkhidmatan Pembekalan, Pemasangan, Pentauliahan, Peleraian dan Pelupusan Barangan Kelengkapan Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah dan Zon Negeri Perak serta Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Bagi Tahun 2025.

Berdasarkan keputusan yang telah dimuktamadkan, syarikat AREO SDN. BHD. telah dipilih sebagai penyebut harga berjaya dengan nilai harga setuju terima sebanyak RM432,404.00 bagi pelaksanaan perkhidmatan berkaitan program berkenaan.

Proses pemilihan ini dilaksanakan secara telus, sistematik dan mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program pembangunan kerjaya serta inisiatif peningkatan kebolehpasaran tenaga kerja di Negeri Perak.

Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera dan Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2025 merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan, memperluaskan akses peluang pekerjaan, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang latihan kemahiran, pendidikan teknikal dan pembangunan kerjaya.

Pelaksanaan program ini turut menyokong aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030, yang memberi fokus kepada pembangunan bakat, peningkatan kebolehpasaran tenaga kerja, pembangunan ekonomi negeri serta usaha memperkukuhkan ekosistem pembangunan modal insan Negeri Perak.

Sebagai agensi yang komited dalam pembangunan bakat dan kerjaya rakyat negeri ini, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan terus memperkasakan pelbagai inisiatif pembangunan kemahiran, pendidikan teknikal dan program berimpak tinggi demi manfaat rakyat serta masa depan Negeri Perak yang lebih progresif dan berdaya saing.

Mohammad Muqri Bin Mohd Yusuff
Afnan akrabian bin azmi
Intan Noratikah Binti Sahrin