π π ππ¦π¬π¨ππ₯ππ§ π£ππ‘π¬ππππ₯ππ¦ππ‘ πππππππ πππ π§π©ππ§ πͺππ§π πππππ¨ π¦πππ₯ππ‘π π£ππ₯ππ‘ππππ§ π‘ππππ₯π π£ππ₯ππ
π Tapah, Perak | 25 Mac 2025
Bagi memastikan pelaksanaan Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani mencapai objektif dan impak yang disasarkan, satu sesi mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Mesyuarat strategik ini melibatkan penyertaan seramai 79 badan dan agensi yang terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pendidikan, institusi latihan kemahiran serta organisasi berkaitan pembangunan modal insan dan TVET di Negeri Perak.
Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan gerak kerja, pengagihan peranan serta perincian pelaksanaan program Jelajah AIM TVET yang bakal dilaksanakan di seluruh Negeri Perak. Inisiatif ini merupakan usaha bersepadu Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi meningkatkan kebolehpasaran belia serta melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.
Dalam mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Encik Khairudin turut menegaskan kepentingan kerjasama semua pihak dalam memastikan program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Perak, khususnya golongan pelajar, lepasan sekolah dan belia.
Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani dijangka menjadi platform penting untuk memberi pendedahan berkaitan peluang pendidikan TVET, latihan kemahiran, pembangunan kerjaya serta laluan pekerjaan kepada rakyat Perak. Program ini juga selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan dan pemerkasaan pendidikan teknikal serta vokasional.
Melalui slogan βSatu Warga, Satu Skilβ, PASAK terus komited dalam membantu melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa hadapan.
Ikuti perkembangan lanjut mengenai Program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani melalui platform media sosial rasmi PASAK dan bersama-sama menyokong agenda pembangunan TVET Negeri Perak.



