π£ππ¦ππ π£ππ₯πππ¦π πππ ππππ₯ππ‘ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π πππππ‘π§ππππ‘ π πππππ¨π ππ¨π₯π¦π¨π¦ π¦ππ‘π π₯πππ πππ¬π π₯ππ ππ¨π§ & π£ππ ππ¦ππ₯ππ‘ πππππ§ππ
Perak | 14 Mac 2025
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus komited dalam memperkasakan pembangunan modal insan menerusi pelaksanaan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Seni Reka Gaya Rambut Profesional dan Pemasaran Digital yang bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal serta kebolehpasaran tenaga kerja dalam industri kecantikan dan keusahawanan digital.
Program latihan kemahiran ini merupakan salah satu inisiatif TVET PASAK dalam membantu peserta memperoleh kemahiran profesional yang relevan dengan kehendak industri semasa, khususnya dalam bidang dandanan rambut, kecantikan dan pemasaran digital yang semakin berkembang pesat.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yafiz bin Mustafa yang mewakili Tuan Haji Khairul Azwan bin Datoβ Harun, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak DUN Kampung Gajah. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini serta menekankan kepentingan gabungan kemahiran teknikal dan pemasaran digital sebagai nilai tambah kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan dan memperluaskan peluang kerjaya.
Peserta kursus bukan sahaja didedahkan dengan teknik seni reka gaya rambut profesional, malah turut mempelajari strategi pemasaran digital termasuk penggunaan media sosial, penjenamaan perniagaan dan promosi dalam talian bagi membantu mereka membina perniagaan sendiri secara lebih efektif dan kompetitif.
Sebagai agensi pembangunan modal insan Negeri Perak, PASAK terus memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada kursus latihan kemahiran TVET berkualiti kepada pelbagai lapisan masyarakat. Usaha ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan ekonomi semasa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Diharapkan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkembangkan bakat, menjana pendapatan serta membina masa depan kerjaya yang lebih cerah dalam industri kecantikan dan keusahawanan digital.



