Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah menyertai Perolehan Sebut Harga seperti berikut:
TAJUK SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN, PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BEKALAN BANTUAN KIT KESIHATAN MURID DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGERI BAGI TAHUN 2022.
NO. SEBUT HARGA
PASAK.KEW.BIL 3/2022
Dimaklumkan bahawa pihak Pusat Kerjaya Amanjaya Sdn Bhd telah membatalkan Perkhidmatan Pembekalan, Pembungkusan dan Penghantaran Bekalan Bantuan Kit Kesihatan Murid di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Bagi Tahun 2022. Hal ini disebabkan kesemua penyebut harga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak PASAK.
Sehubungan itu, satu iklan baharu akan dikeluarkan pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Segala kesulitan amat dikesali. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai Mohammad Muqri Bin Mohd Yusuff di talian 018-9405838.