Moh Kroje @ Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bercham Ria

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐨𝐑 𝐊𝐫𝐨𝐣𝐞 @ π“πšπ₯𝐞𝐧𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐀.
Β 
Ipoh, 26 Januari 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput ke Program Kerjaya Moh Kroje @ Talent Perak yang telah dianjurkan oleh Ahli Dewan Belia Perak DUN Buntong, Encik Khuswindera Singh A/L Tara Singh dengan kerjasama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Buntong dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bercham Ria, Ipoh, Perak.
Β 
Pihak PASAK telah menyampaikan taklimat berkenaan Pengenalan PASAK, Penggunaan Talent Perak dan program yang akan datang anjuran kerajaan negeri Perak yang akan dilaksanakan oleh pihak PASAK. Selain itu, pihak PASAK juga membuka peluang untuk memberikan β€œPersonal Coaching” kepada peserta yang hadir pada hari ini. Antara khidmat yang diberikan adalah penulisan & semakan resume, penggunaan Talent Perak, konsultasi pekerjaan dan mempromosikan peluang dan program yang dijalankan oleh PASAK bagi tahun 2025.
Β 
Pihak PASAK ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak yang telah menjayakan program pada hari ini. Semoga dengan program seperti ini dapat memberi banyak peluang kepada orang awam khususnya anak Perak