21 Disember 2024. Kembara Dewan Belia Perak Bersama Orang Asal berlangsung dengan matlamat mendekatkan generasi belia kepada keunikan budaya dan warisan masyarakat orang asal di negeri Perak.Program ini dirasmikan oleh YB Encik Choong Shin Heng (ADUN Chenderiang) yang mewakili YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.
Peserta berpeluang memahami tradisi masyarakat orang asal, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara warisan budaya, dan menghargai kepelbagaian budaya di Perak. Program ini menyatukan komuniti, memupuk perpaduan, dan melahirkan belia prihatin. Dewan Belia Perak terus komited menganjurkan program berimpak positif.
