13 November 2024 –ย Ipoh.
Sekali lagi, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengadakan sesi temu duga secara terbuka kepada warga Perak. Program PMK kali ini melibatkan majikan daripada Pulai Calcium Carbonate Industries Sdn. Bhd. yang menawarkan sebanyak lapan jenis kekosongan jawatan kepada umum. Dilihat bahawa seramai 25 orang calon hadir ke sesi temu duga ini dengan keyakinan dan hasrat yang tinggi.
Sesi temu duga yang mengambil masa dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang ini telah dijalankan di Pusat Latihan PASAK. Semoga dengan inisiatif PASAK ini sedikit sebanyak mempermudahkan urusan para pencari kerja di luar sana. Untuk makluman, Program Moh Kroje akan dianjurkan lagi pada 27 November ini di Pusat Aspirasi Anak Perak.