Ipoh, 10hb November 2024.
Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional, dan Hal Ehwal Masyarakat India) telah hadir dan memberikan ucapan penutup pada program soft-skills training yang dijalankan di Impiana Hotel, Ipoh.
Majlis ini juga dihadiri oleh Encik Zul Iskandar Shah Bin Osman (Pengurus Projek Pusat Aspirasi Anak Perak) dan Puan Zaharatul Mardhiah Binti Azizul (Pengarah Redhill Point Sdn Bhd). Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Latihan ini merupakan salah satu struktur dalam program PERINTIS.
Program PERINTIS merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak untuk memberi ruang dan peluang kerjaya kepada pencari kerja dalam kalangan graduan atau lepasan sijil kemahiran. Seramai 200 orang graduan menganggur pada tahun 2021 ke 2024 berumur di antara 20-28 tahun telah menerima inisiatif ini dan ditempatkan di lebih 100 majikan terpilih di sekitar negeri Perak untuk menjalani latihan di tempat kerja (On The Job Training).
Kepada graduan dan pencari kerja di luar sana yang masih tidak mendapat pekerjaan atau ingin mendapatkan pengalaman yang baru dalam dunia pekerjaan sila daftarkan diri anda dengan segera dengan melayari https://perakpasak.org/perintis/ atau mohon melalui aplikasi Talent Perak.



