7 September 2024 (SABTU), Ipoh.
Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda 2024 (KAMU) telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak Darul Ridzuan).
Matlamat utama Karnival Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Bukan itu sahaja, YAB Menteri Besar Perak juga telah mengadakan sesi walkabout ke Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di Stadium Indera Mulia.
Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2024 ini dijalankan secara bersemuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Lebih 10,000 jawatan kosong ditawarkan dari 60 syarikat hadir pada program kali ini.
Jangan lupa, anda masih ada peluang esok untuk sertai Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di Stadium Indera Mulia. Moh ler join!



