Kursus Asas Penyelenggaraan Motosikal

20 Julai 2024 (SABTU).

Program Kursus Asas Penyelenggaraan Motosikal telah berlangsung dengan jayanya di SMK DARY. Program ini dianjurkan oleh PASAK dan melibatkan seramai 20 orang peserta, terdiri daripada pelajar pelajar tingkatan 1 hingga 5, yang berminat untuk mempelajari asas-asas penyelenggaraan motosikal.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan praktikal dan teori tentang cara-cara menyelenggaran motosikal dengan betul. Peserta diberi pendedahan mengenai komponen asas motosikal, cara-cara membuat pemeriksaan berkala, serta teknik-teknik asas membaiki dan menjaga motosikal agar sentiasa dalam keadaan baik.
 
Program dimulakan dengan sesi teori yang disampaikan oleh Encik Hamzah dan Encik Shahril daripada GIATMARA. Beliau menjelaskan tentang pentingnya penyelenggaraan berkala dan cara-cara mengenal pasti masalah-masalah kecil sebelum ia menjadi lebih serius. Sesi ini diikuti dengan demonstrasi praktikal, di mana peserta dapat melihat secara langsung cara-cara melakukan penyelenggaraan asas seperti menukar minyak enjin, memeriksa tayar, dan melaraskan rantai motosikal.
 
Para peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti hands-on, di mana mereka diberi peluang untuk melakukan sendiri penyelenggaraan asas di bawah bimbingan tenaga pengajar. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada peserta dalam melakukan penyelenggaraan sendiri di masa hadapan.
 
Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang sangat baik dan peserta memberikan maklum balas positif. Mereka merasakan kursus ini sangat berguna dan praktikal, serta memberikan mereka kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.