Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2024

13 Julai 2024 (SABTU), Lenggong.
 
Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Hulu Perak yang bertempat di Kompleks Komuniti Desa KEMAS, Lenggong Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India).
 
Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 11 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari 4 Institusi TVET iaitu Kolej Komuniti Gerik, GIATMARA Gerik, UiTM Tapah, Aura Seri Spa, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Perak Entrepreneur & Skills Development Centre (PESDC). Sebanyak 400 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
 
Selain itu, forum TVET & Engineering Career Horizon (Tech) in Community : Menghapus Stigma, Membina Negara dengan moderator Encik Megat Dzul dengan panel Ir. Gs. Ts. Dr. Haji Mohd Rizman Sultan Mohd, Puan Rodziah Zainudin dan Encik Ahmad Naim Mohamed Salleh telah dijalankan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini.
 
Pada kali ini, telah berlangsung juga Kursus Gunting Rambut dan Kursus Asas Makeup. Kursus ini dijalankan dari pukul 9.00 pagi ke 4.00 petang. Turut diadakan Saringan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Lenggong dan Jualan Rahmah.
 
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
 
Semoga dengan perlaksanaan jelajah kerjaya ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.

@perakpasak

terima kasih orang lenggong 🥹👋 jumpa di next stop, KERIAN! #kerian #jkps #kerjaya #mohkroje #kroje

♬ Good Memories - Cochren & Co.