Majlis Penutup Dan Penyampaian Bagi Program Latihan Dan Pelesenan Hos Komuniti Setempat (HKS) Kepada Komuniti Dan Pengusaha Di Daerah Kampar

18 JULAI 2024 (KHAMIS).
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Program Latihan dan Pelesenan HOS Komuniti Setempat (HKS) kepada Komuniti dan Pengusaha di daerah Kampar.
 
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Loh Sze Yee (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan Dan Pembangunan Koridor), diiringi oleh Yang Berhormat Koo Haai Yen (ADUN Keranji), Yang Dihormati Toh Sedewa Raja Dato Abdul Talib bin Abd Fahmi (Orang Besar Jajahan Kampar), Tuan Mohd Syukri bin Azaari (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampar), Encik Aldrin Ng (Pengarah PASAK), Tuan Ahmad Suqairy bin Alias (Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar), Cik Nurmalis binti Musa (Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad), Encik Muhammad Aminuddin bin Abdul Majid (Pengarah MOTAC) dan Encik Faisal Abd Rahman (Pengarah Empire Putra College Sdn Bhd).
 
Kursus ini telah melibatkan seramai 19 orang peserta yang telah berlangsung dari 28 Mei – 18 Julai 2024 (14 Hari). Program ini berjaya dilangsungkan hasil daripada kolaborasi antara PASAK bersama Tourism Perak dan Majlis Daerah Kampar. Program Latihan Dan Pelesenan HOS Komuniti Setempat (HKS) kepada Komuniti dan Pengusaha di daerah Kampar ini merupakan pilot projek bagi Kursus Latihan HKS yang akan datang.
 
 
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.