Jumaat – 15 Mac 2024.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Kursus Asas Solekan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zuraidi bin Ahmad Daud (Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Perak), Cik Nur Asyikin binti Thahar (Ketua Unit TVET Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]) dan Hajah Suriyani binti Haji Sadri (Pengurus IGB Training & Consultancy).
Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan pelbagai jenis cara solekan kegunaan harian seperti jenis solekan yang sesuai untuk majlis korporat. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



