Kursus Solekan Estetik

Isnin – 18 Mac 2024.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Orang Asli bagi Kursus Solekan Estetik. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Cik Susieleen Suki (Ketua Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK)Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Perak) dan Hajah Suriyani binti Haji Sadri (Wakil Pengurus Tinie Beauty Spa).

Kursus ini telah melibatkan seramai 15 orang peserta selama 8 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan kemahiran solekan estetik dan membuka peluang perniagaan untuk mereka terokai dalam bidang perniagaan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.

@perakpasak

terima kasih kepada peserta peserta yang hadir pada majlis penutup & penyampaian sijil: TVET Orang Asli - Kursus Solekan Estetik๐Ÿซฐ

โ™ฌ Lofi - Domknowz

Kongsikan

Berita lain-lain: