Isnin – 18 Mac 2024.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Orang Asli bagi Program Pemerkasaan Orang Asli. Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Puan Mourhrna Anetha Reddy (Pengarah Quetra Consultancy) dan Encik Bah Alias A/L Bah Mah (Penolong Penghulu / Penasihat The Women of Orang Asli).
Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta selama 8 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan pendedahan dan peningkatan kemahiran dalam membina jaringan perniagaan yang bersesuaian serta memberi pendedahan mengenai teknik jualan dan pemasaran yang tepat.
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.
				
															


