Temuduga Delcasis Group Sdn Bhd

11 Mac 2023, Ipoh.

 

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Delcasis Group Sdn Bhd telah menganjurkan program temuduga terbuka di Pusat Latihan PASAK. Jawatan yang ditawarkan pada hari ini antaranya: Pembantu Pengarah, Marketing & Sales dan Bakery Production. Temuduga terbuka telah berlangsung bermula dari 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

 

Penganjuran program seperti Moh Kroje ini dapat membantu masyarakat terutamanya rakyat Perak untuk mendapatkan pekerjaan selain membantu majikan mencari calon pekerja yang sesuai dan seterusnya, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat.