Program Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa – STEM & Wanita, Jaminan Masa Depan

Ipoh, 27 Februari 2024.
 
 
Telah berlangsung program Program Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa “STEM & Wanita, Jaminan Masa Depan” di UTC Perak.
 
 
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak, Puan Kavaramma Subramaniyam dengan tema “Wanita Dijulang, Negara Gemilang” sebagai slogan Hari Wanita pada tahun ini. Beliau menekankan kepentingan Sains, Teknologi, Jurutera (Engineering) & Matematik (STEM). Kunci utama STEM ini adalah untuk menarik minat wanita untuk menyumbang dalam bidang STEM sempena Hari Wanita 2024.
 
 
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hajjah Rosida binti Ahmad Junid dari UiTM Tapah, Perak. Antara ilmu yang dikongsikan ialah pengenalan kepada kepentingan Sains, Teknologi, Jurutera (Engineering) & Matematik (STEM). Selain itu, beliau juga menekankan kelebihan dan pendidikan STEM kepada tetamu yang hadir. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK yang disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Topik utama yang difokuskan ialah laluan kerjaya yang boleh diceburi kepada pelajar Kolej Komuniti Chenderoh.
 
 
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para tetamu yang terdiri daripada ibu-ibu dan pelajar Kolej Komuniti Chenderoh. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.