Titah pembukaan rasmi sempena Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-15, Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Sembah Maklum Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Berkaitan Persediaan Tenaga Kerja Mahir Dalam Bidang TVET Bagi Menyokong Permintaan Serta Keperluan Industri Juga Pelaburan Di Negeri Perak.
 
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan seluruh institusi kemahiran dalam negeri akan terus komited dalam membangunkan sumber daya modal insan selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030 melalui agenda “Satu Warga Satu Skil” bagi menjadikan negeri Perak sebagai Hub Tenaga Kerja Mahir yang secara tidak langsung mendokong pertumbuhan ekonomi negeri.
 
Daulat Tuanku.
 
 
Sektor automotif berteknologi tinggi, dijangka dapat menyediakan lima belas ribu peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun, yang akan memberi manfaat kepada generasi belia yang mempunyai kelayakan dalam Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif gerak kerja awal telah dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama institusi-institusi pendidikan tinggi untuk menjalinkan kolaborasi strategik bersama pihak industri dalam hasrat mahu menyediakan tenaga kerja berkemahiran.
 
Petikan titah pembukaan rasmi sempena Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-15, Perak Darul Ridzuan. (23/2/2024)
 
 
DYMM SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH,
SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN