Kursus Penjagaan Warga Emas

Jumaat – 8 September.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Penjagaan Warga Emas.

Majlis telah disempurnakan oleh Cik Nor Tipah binti Majin (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat [JKM] Negeri Perak), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Encik Mohamad Izwan bin Zakaria (Penolong Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat [SPW] Mewakili Yang Berhormat Puan Jamilah Binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat [SPW]), Encik Hj. Hisshamuddin Omar (Ketua Eksekutif & Ketua Kampus, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak), Profesor Madya Dr. Syed Rahim Syed Hamid (Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak) serta Cik Rinoazlin Sabri dan Puan Sarina Mokhtar (Pengasas-pengasas Syarikat Sunshine Qualicare Sdn Bhd).

Kursus ini telah melibatkan seramai 37 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas penjagaan warga emas dari segi penjagaan diri, kesihatan, hal-hal kecemasan dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.