Lawatan & Kunjungan Ke Sekolah: Sempena Karnival TVET Perak Sejahtera 2023

Rabu – 13 September 2023.

Selesai sudah lawatan ke dua buah sekolah di daerah Kinta Utara yang mengadakan latihan untuk pertandingan TVET dan bengkel pameran sempena Karnival TVET Perak Sejahtera 2023. Lawatan ini dihadiri oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang diwakili oleh Encik Zul Iskandar dan turut diringi oleh Puan Bonsu Amin binti Sahiman , SISC+ TVET di Sektor Pembelajaran daripada PPD Kinta Utara ke SK Bandar Baru Putera dan SMK Jalan Tasek.

Encik Zainor Amri bin Zulkifli (Guru Besar SK Bandar Baru Putra), Encik Hirzuan Bin Zulkifli (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Bandar Baru Putra), turut memberi taklimat ringkas mengenai pertandingan Robotic Challenge Kategori Sekolah Rendah. Murid-murid yang masuk bertanding sebagai peserta juga mengadakan pertunjukan simulasi robotic tersebut dengan menggunakan ‘coding’.

Seterusnya ke SMK Jalan Tasek yang diiringi oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Salleh Bin Haji Yusuf dan Ketua Panitia APAK, Puan Shahida Wati Bt Abdul Hamid telah menerangkan mengenai bengkel pameran dan juga modul-modul Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas penglibatan untuk memartabatkan kursus TVET di kalangan murid-murid sekolah.