Jumaat – 13 Oktober 2023.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Anak Yatim bagi Kursus Pastri & Pembuatan Kek. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek (PASAK)), Tuan Musa bin Saat (Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pembelajaran), Tuan Hasbullah bin Ahmad (Pengetua Sekolah Menengah Sri Kurau), Encik Abd Rahim bin Dahali (Yang DiPertua PIBG SMK Sri Kurau) dan Encik Nazirul bin Jamaluddin (Wakil Penyedia Latihan Jama Teguh).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



