Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 2023

18 November 2023 | Kerian, Perak – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan dan kebolehpasaran tenaga kerja menerusi penganjuran Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera yang berlangsung selama satu hari di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Kerian.

Program pembangunan kerjaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sabli Bin Bakri, Pegawai Daerah Kerian, sebagai tanda sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memperluaskan akses peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran rakyat negeri ini.

Pelaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera bertujuan menjadi platform terbaik kepada graduan, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belia serta pencari kerja untuk meneroka peluang kerjaya, mendapatkan maklumat industri serta membina hubungan terus bersama majikan dan institusi latihan kemahiran.

Program ini telah menghimpunkan penyertaan daripada 10 syarikat dan institusi latihan kemahiran, termasuk:

✅ GIATMARA Parit Buntar
✅ GIATMARA Bagan Serai
✅ Kompas College
✅ Kolej Komuniti Bagan Serai
✅ Kolej Kemahiran Segatronik
✅ Anak Kita Cookies
✅ Perak Entrepreneur & Skills Development Centre (PESDC)

Melalui pelaksanaan karnival ini, sebanyak 1,000 kekosongan jawatan telah ditawarkan kepada rakyat Perak merangkumi pelbagai sektor pekerjaan dan industri, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pencari kerja untuk mendapatkan peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Selain peluang pekerjaan, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan TVET, latihan kemahiran industri, pembangunan bakat dan peningkatan kebolehpasaran tenaga kerja, selaras dengan keperluan industri semasa.

Inisiatif seperti ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh pembangunan modal insan, mengurangkan kadar pengangguran serta melahirkan masyarakat yang lebih kompetitif, produktif dan berdaya saing.

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk majikan, wakil industri, institusi latihan kemahiran serta para pencari kerja yang hadir menjayakan Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian.

PASAK akan terus komited memperluaskan akses peluang pekerjaan, memperkasa pembangunan kemahiran serta membantu lebih ramai rakyat Negeri Perak meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan sosioekonomi.

@perakpasak

Orang Kerian, kome dah ready ke tu? Mohler hadir ke Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 🫶🏻 #fypmalaysia #kerian

♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak

@perakpasak

terima kasih kerian, jumpa lagi tahun depan 👋 #kerian #fypmalaysia #fypperak #karnivalkerjaya #perak #fyp

♬ hata - kyra