Taklimat Haluan Kerjaya SMK Abdul Rahman Talib

Selasa, 30 Januari 2024.
ย 
ย 
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan GPMS Teluk Intan telah menghadirkan diri ke SMK Abdul Rahman Talib bagi menjalankan program Pemetaan Kerjaya : Taklimat Haluan Kerjaya Lepasan yang melibatkan seramai 70 orang murid yang terdiri daripada tingkatan 4.
Encik Mohd Amirul telah menyampaikan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan.
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran.
Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

Kongsikan

Berita lain-lain: