Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU (Open Day & OKU Job Fair)

21 Januari 2024 | Ipoh, Perak – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan inklusif melalui penyertaan dalam Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU 2024 yang berlangsung selama sehari di Persatuan DAYBREAK, Ipoh.

Program yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) ini menjadi platform penting dalam memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuhkan kebolehpasaran golongan OKU di Negeri Perak.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng). Turut hadir memeriahkan program ialah YB Puan Wong Chai Yi (ADUN Simpang Pulai), Tan Sri Lee Oi Hian, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK), Dato’ Mohamad Fauzi Bin Mahson (Pengarah Pendidikan Negeri Perak), Encik Haji Ahmad Lufti Bin Haji Abu Bakar (Ketua Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas), Puan Eni Zanifah Binti Mohd Jaberi (Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas), Dato Ramanathan Ramiah (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ipoh) serta pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara.

Pelaksanaan Hari Terbuka & Karnival Kerjaya OKU Perak ini bertujuan memperkenalkan program pembangunan komuniti yang dilaksanakan oleh Persatuan DAYBREAK serta membuka ruang kepada komuniti OKU untuk meneroka peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran dan peningkatan taraf hidup.

Program ini turut mendapat sokongan sektor industri dengan penglibatan 11 syarikat dan organisasi yang menyediakan peluang pekerjaan serta pendedahan kerjaya kepada komuniti OKU, antaranya:

✅ Kentucky Dairy Ice Cream Sdn. Bhd.
✅ CycleDios Management Sdn. Bhd.
✅ AG Apparel Industries Sdn. Bhd.
✅ 99 Speed Mart Sdn. Bhd.
✅ Harold Bread
✅ Catholic Welfare Service
✅ Hevea KB Sdn. Bhd.
✅ Econsave Batu Gajah
✅ Cherry Bistro Ipoh
✅ Tok Mat Western
✅ Nasi Kandar Laxmana

Kerjasama strategik antara PASAK, sektor industri dan organisasi komuniti seperti ini memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat yang lebih kompetitif, berdaya saing serta inklusif, sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

PASAK merakamkan penghargaan kepada Persatuan DAYBREAK Ipoh atas kesudian menjalinkan kerjasama dalam menjayakan program ini. PASAK akan terus komited memperkasakan pembangunan modal insan, meningkatkan akses peluang pekerjaan serta membantu lebih ramai rakyat Perak, termasuk komuniti OKU, memperoleh peluang pembangunan diri dan sosioekonomi yang lebih baik.