23 & 24 Januari 2024
Kursus Microsoft Excel (Advance) telah berlangsung selama 2 hari yang melibatkan seramai 30 peserta. Kursus ini dijalankan pada hari Selasa & Rabu bermula jam 8:30 pagi sehingga 5:00 petang dan telah disampaikan oleh Miss Karen Cheah.
Kursus ini telah merangkumi 11 topik yang terdiri daripada Getting Startedd with Excel Formula, Range Name, Text Functions, Date & Time Functions, Logical Functions, Lookup & Reference Functions, Math & Trig Functions, Statistical Functions, Using Simple Array, Debugging Formulas dan Exploring AI Funtion (New).
Terima kasih diucapkan kepada Miss Karen Cheah atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga turut diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.



